Siri Apa Cerita Admin…TO STAGE OR NOT TO STAGE
Tajuk dongeng saya kali ini ialah TO STAGE OR NOT TO STAGE.
Dalam lingo fotografi, stage atau staging atau set, pada pengertian umum bermaksud ‘menyusun-atur kondisi penggambaran untuk mendapatkan efek lebih dramatik, efektif dan real.
Staged photography melibatkan campurtangan jurufoto dalam menentukan setting; dan portraiture merupakan genre fotografi yang banyak bergantung kepada kaedah ini di mana jurufoto juga merupakan image choreographer. Contohnya ialah seorang jurufoto memberi arahan-arahan pose/peragaan kepada subjeknya.
Dalam kes seorang jurufoto terlepas momen pengantin lelaki menyarungkan cincin kepada isterinya, dia akan meminta supaya momen bersejarah itu diulang semula untuk dipotret.
Elemen staged photography juga terdapat di dalam photojournalism – yang SEPATUTNYA bebas dari pengaruh ini. Staging dalam fotografi kewartawanan dikatakan dapat membantu mencipta narrative scene – dengan kata lain gambar dengan suasana yang tertentu mengandungi lebih sejuta kata dari captionnya. Hasilnya, nilai-nilai dramatik gambar tersebut menenggelamkan unsur-unsur manipulasi melalui staging.
Kita ambil contoh gambar tentang runtuhan bangunan akibat bencana atau peperangan dengan boneka yang comel sebagai foreground subject nya. Kemusnahan akibat bencana adalah scene yang nyata dan menyayat hati. Boneka comel yang sengaja diletakkan sebagai foreground subject akan tambah menyayatkan lagi kerana ia melambangkan dunia kanak-kanak – ia menceritakan bahawa kanak-kanak juga adalah mangsa yang tidak berdosa akibat peperangan. Efeknya cukup kuat…..tapi, staging!
Staging dalam genre macro? Mustahil.
Bagaimana hendak memberi arahan pose kepada serangga yang tidak faham bahasa.
Tidak mustahil staging dalam genre macro.
Disebabkan obses dengan recognition, ada jurufoto yang melebih-lebih dalam staging melibatkan makhluk kecil – termasuklah membunuh atau membiarkan ia mati terlebih dahulu. Saya selalu perhatikan gambar close-up/macro seekor pepatung. Ada di antaranya yang kaki serangga tersebut melekuk, bukannya berpaut atau mencengkam – ketara sangat ia pepatung MATI! Hanya disebabkan sharpness dan clarity yang ‘wow’, maka editor memilihnya untuk diterbitkan. Shame!
Apa pulak kaitan dongeng saya dengan gambar yang saya upload di sini….? Ini ialah gambar seekor kerengga sedang bertahan menggonggong kulit udang di tali jemuran sebelum kawan-kawannya datang membantu.
Saya staged? Ya! Saya arahkan kerengga itu usung kulit udang? Tidak.
Manalah saya tahu bahasa kerengga dan kerengga pun tak faham bahasa Jawa!
Kita semua tahu bahawa kebanyakan spesies semut kerja secara berpasukan. Mereka akan bekerjasama mengusung mangsa/makanan ke sarang. Jika saya shoot sekawanan kerengga membawa satu makanan, ia akan nampak terlalu BERSERABUT – tidak jelas apa yang hendak saya paparkan, kerengga mana satu yang watak utama, ataukah makanan yang mereka usung.
Saya memutuskan untuk meminimakan subjek di dalam frame. Saya tentukan hanya SATU kerengga sahaja. Lalu saya lakukan ‘road block’ beberapa meter di kiri dan kanan tali jemuran dengan menggunakan klip jemuran. Tujuannya ialah untuk melengahkan ketibaan rakan-rakan kerengga memberi bantuan.
Dengan hanya seekor semut terkial-kial mengusung kulit udang, penceritaannya ialah bahawa semut tersebut sangat determined dan kuat untuk membawa makanan seekor diri. (Semut memang kuat. Ia boleh mengangkat objek 40 kali lebih berat dari badannya)
Dalam konteks ini saya tidak menganiaya kerengga. Tiada seekor pun yang saya bunuh. Selepas saya mendapatkan shot yang bagus, saya buka semula sekatan jalan bagi membolehkan comrade kerengga memberi bantuan.
Berbalik kepada tajuk di atas untuk dijadikan penutup dongeng: TO STAGE OR NOT TO STAGE…
Saya tidak terikat kepada mana-mana mazhab dalam soal ini. Saya tidak sukakan staging yang melampau sehingga di luar tabie dan realiti. Contohnya, ada gambar seekor beruk merokok yang disiarkan semuka penuh. Saya tidak nampak artistic element nya di situ, jauh sekali dari journalistic. Tetapi saya juga suka kepada poses yang menawan dan tentunya ia poses yang di choreographed.
Bagi saya, ada ketika dan suasana di mana staging itu boleh membantu tapi bukan disalahguna sehingga merosakkan nilai seni sesebuah foto.
Sekianlah adanya dongeng saya di hujung minggu ini.
Pendapat saya mungkin berbeza dengan admin yang lain; yang cantiknya di sini ada unity dalam diversity!
Selamat Berhujung Minggu!

No comments:
Post a Comment