Outdoor Studio
Memang susah nak jadi photographer ye tak...kena lagi hasilkerja yang boleh memuaskan semua pihak. Dah lah tu, nak post gambar kat Sila Jeles pun banyak sangat kerenahnya, tak seperti group Facebook yang lain. Ye lah kan...dalam Sila Jeles, semua Adminnya...kaki pukul :) Hadapi cabaran ni adik adik Sila Jeles dan insya Allah, enam bulan dari sekarang, hasilkerja adik adik akan lebih baik sebab dah kena ketuk dan kutuk dari sekarang. Dah tahu masuk kandang rimau, agak agaklah... Kalau tak mati, tu ertinya dah tambah kuatlah kan.
Taklah...admin cuma ikhlas, itu je. Tetapi biar abang cerita sikit apa yang ada dalam benak fikiran photographer professional dan senior photographer yang kena puaskan para pelanggan mereka disamping menghadapi isu semasa dan juga dari para photographer lain. Sama ada dorang sedar atau tidak amende lah tohmahan dorang, kita anggap itu semua sebagai cabaran. Dan cabaran itu kita adakan dalam Sila Jeles supaya adik adik sekalian akan lebih baik hasilkerjanya nanti.
Contohnya photo abang ini yang menunjukkan 3 mokcik bangsa Oobian yang duduk rehat sebelum sampai kampong mereka dari kerja kutip kelapa kering kat ladang kelapa di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah suatu lewat petang. Waktu tu, abang hanya nak dapatkan sunset je, tapi bila nampak mokcik mokcik ni, timbul pula rasa tamak haloba untuk mendapatkan yang lebih baik. Nak dapatkan sunset bila bila masa je tapi, nak dapatkan mokcik ni sebagai human interest semasa sunset dan kena lagi buat denyar, hah yang tu bukan senang nak buat dan dapat setiap petang.
Photographer yang kemaruk menghasilkan kerja hanya dengan "available light" akan mencemuh kerja ini kerana guna denyar. Dia akan kata tak real dan tak "rare" pakai flash. Agaknya kalau dia ada ditempat abang, rasanya dia tak akan ambil photo ni sebab dah gelap dan yang nampak jelas hanya sunset. Pastinya kalau dia ambil sekalipun, high key jadinya.
Ada puak photographer lain pulak, akan kata flash work abang ni tak kreatif. Mesti pakai softbox, snoot dan barndoor segala barulah chun. Ye lah kalau abang boleh angkut semua peralatan studio abang ke baruh atau hulu hilir buat kerja editorial. Abang pernah kena bayar cas tambahan beratus ringit bagi Tony Fernandes lebih kaya kerana angkut berlebihan gear photography beberapa tahun lepas buat commercial. Tetapi kalau editorial assignment, photojournalist kena mobile dan portable...and most of the time...kena buat kerja bersendirian. Pandai pandailah nak hidup.
Untuk hasilkan kerja ni, SB900 abang letak kat sebelah kiri abang dan kurangkan powernya -1. Lebih kurang 2m dari mereka. Cukuplah -1 sebab memang dekat pun dari tempat duduk mokcik ni dan disesuaikan dengan exposure setting nak dapatkan sunset kat belakang tu. Kalau abang letak jauh sangat, nanti kurang pulak kesannya sebab cahaya tu berkembang dan malap bila jauh. Dan bila cahaya tu kembang, dah semua sekitar mokchik mokchik ni nampak samar pulak. Abang nak semua amende kat belakang dan tepi dorang ni gelap hitam, kecuali tiga mokchik ni.
Abang pun kena cepat set up semua ni. Flash lekat kat tripod dan pacak tepi kiri untuk sidelighting dan body flash bagi off. Kalau on, nanti ada pula mamat photo tertentu akan kata "direct flash dan tak kreatif langsung photographer media ni" katanya. Jadinya hanya satu SB900, satu kamera dan 1 tripod. Kalau nak setup dengan accessories lain, gamaknya sunset pun pudar dan ada orang kebulur kat rumah. Mokchik mokchik ni dah nak balik cepat, nak masak nasik kata dorang.
Itulah ceritanyer... Semoga adik adik Sila Jeles akan mendapat iktibar dari location work ni. Minggu depan kita ada tema baru dan tunggu Nizam Daniel umumkan Ahad ni. Selepas abang bercerita, nanti para admin lain akan bercerita pulak tentang hasilkerja dorang sebagai panduan.
Wassalam
Admin Rabani

No comments:
Post a Comment