
Kali ini aku nak ajar bagaimana mewarnakan
titisan air pada daun dalam adobe photoshop. Tutorial ini hanya terdapat
4 langkah sahaja dan sangat senang untuk dilakukan. Untuk mencuba dapatkan beberapa keping gambar yang mempunyai beberapa titisan air dan terus sahaja ikuti langkah2 dibawah.

(Gambar Asal)
Langkah 1: Buka foto yang mempunyai titisan air pada daun. Tekan
L (jalan pintas) untuk
Poloygonal Lasso Tool dan pilih air yang anda ingin untuk menukarkan warnanya.
Langkah 2: Tekan butang kanan pada tetikus anda dan pilih
Feather.
Langkah 3: Pilih piksel ke
4 di
Feather Radius. (
Pemilihan Feather Radius ke 4 adalah untuk mendapatkan kelembutan untuk titisan air)
Langkah 4: Seterusnya tekan
CTRL + U untuk mendapatkan kotak
Hue/Saturation dan memanipulasi nilai-nilai
Hue/Saturationuntuk mewarnai titisan air. (
Berfikir tentang secara realistik dengan melihat perubahan nilai bagi mendapat keputusan yang memuaskan)

Ok ini gambar yang telah aku siapkan. Selamat mencuba ;D
credit :
http://www.cybernetic88.com
No comments:
Post a Comment