Pages

13 September 2012

KUKUBESI share story :)



kukubesi manipulasi · 56,960 like this.
30 minutes ago · 


SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN DUNIA FOTOGRAFI PERKAHWINAN
  • aku just nak share skit info yang pernah aku buat dalam dunia fotografi perkahwinan yang pernah aku buat beberapa tahun dulu. sebenarnya dulu aku berpegang kepada konsep TAKE IT OR LEAVE IT. bunyi macam kerek , bunyi macam bagus, tetapi tujuan aku adalah untuk memudahkan kerja aku. aku dah "set" satu konsep dan ideniti dalam mempersembahkann siapa aku dalam dunia perkahwinan.iaitu

    1. gaya suntingan
    suntingan aku mengikut feel aku sendiri yang mana aku try buat editing dark side dan tidak mengikut terlalu banyak kebiasaan yang orang lain buat.

    2. stick pada satu pakej sahaja
    satu event aku kasi , satu custom album 8x12 , cd unlimited snap. ini sahaja yang aku berikan kepada client. no slide show, no frame no any free gift yang lain. sebab aku tak sediakan banyak pakej supaya senang dari segi pemngurusan.

    3.pemilihan gambar
    gambar , susun atur , penggunaan bahasa aka kata pujangga , senireka 100% aku yang tentukan, client tak bole pilih gambar, tujuannya apabila aku set semua 100% aku yang buat maka ia memudahkan kerja aku. client harus 100% trust me.

    4. bilangan gambar
    biasanya aku set 60-70 keping sahaja gambar dalam satu custom album, maksimum 4 keping gambar, sebab aku akan buat fully editing pada gambar dan aku perlukan garfik yang baik untuk apply kepada bilangan gambar yang sedikit dan aku nak client enjoy bila melihat custom album aku. gambar yang sedikit sedap untuk buat editing dan sedap untuk susun atur yang kreatif.

    5. jangka masa custom album
    paling cepat, aku kasi janji manismu kepada client 3 bulan untuk siap. alasan sebab aku buat full editing and i gv full soul pada setiap editing agar album tu nanti really like a "artwork" book bukan as "photobook."

    6. pemilihan lokasi outdoor
    100% aku yang pilih lokasinya, client boleh mencafangkan lokasi tetapi kata putus aku yang buat. they hv to gv me 100% trust.

    7. pemilihan baju persalinan
    pengalaman aku buat wedding di melaka, mereka suka salin baju banyak2..adalah dalam 7-8 helai, dan aku tetapkan hanya 3 helai bau aku boleh layan, lebih dari pada itu aku tidak layan. terutama gambar posing atas pelamin. aku lebih rela habiskan masa sejam dua untuk sehalai baju tetapi aku kasi fotografi yang terbaik yang aku mampu, daripada layan 7-8 helai baju rushing sejam dua...bila rushing kita tak keluarkan kreativiti yang best, masa tu kita akan jadi pakai snap je.. so aku taknak buat macam tu , sebab tu aku pilihkan baju mana yang aku pikirkan ok.

    apabila kreatiria semua ni client faham baru dan mereka setuju, barulah aku akan lock date dan terima mereka sebagai client aku, alhamdulillah sepanjang aku buat kerja wedding dulu, takde complain dari client aku melainkan kesilapan aku iaitu salah eja nama pada custom album. hehehehe.

    berbalik kepada konsep aku tadi TAKE IT OR LEAVE IT , sama macam mekdonal atau kfc, kita masuk kedai mereka kita terus akan ikut apa yang telah di tetapkan tanpa kita mintak itu ini atau tawar menawar. konsep itulah yang aku bawa dan apabila aku ada client yang FAHAM konsep kerja aku maka tidak akan timbul masalah2 berbangkit. sebab aku dah terangkan semuanya.

    btw majoriti client aku ambik aku kos of konsep aku dan editing aku, pernah aku lambat setahun lebih album kawin tapi diaorang tak bising, aku keep update mereka kalau aku lambat siapkan album dengan alasan, aku takde feel nak buat editing.heheheeheh dan ramai yang akan jawab " take ur time bro, janji album cun". alhamdulillah itulah benda yang aku amalkan dulu dalam wedding. tapi cd unlimited aku kasi diaorang awal lah suapaya diaorang boleh layan gamba kat cd dulu :)

    that's why BIAR CLIENT AMBIL KITA KERENA KARYA KITA, BUKAN KERANA HARGA KITA. apabila client minat dengan karya kita, berapa harga pun diaorang tak kisah, sama macam kita lah kan? beli burger tepi jalan rm2.50 je, tapi bila tekak kata nak makan mekdonal, harga rm9.50 pun kita tak kisah tuk bayar dan kita tak komplen pun kenapa harga tu mahal.

    apabila client ambik kita kerana HARGA kita, tandanya mereka tidak akan faham hasil karya kita, maka akan muncullah isu, pilih gambar tak betul, edit gamba tak lawa , album lambat siap , itu la ini la...cadangan aku pada kawan2 semua. build up ur own style n make it ur style is unique.

    aku pernah tolak job mentah2 apabila ada client minta aku buat gambar tone ala chot touch , candid ala saiful nang dan editing gaya jangguttouch. simple je aku jawab..
    " i buat ikut my style, i tak ikut style orang lain, better u ambil mereka, kalau i buat nanti takut tak jadi, nanti u komplen nama i juga busuk :) "

    oleh yang demikian, identiti itu penting sebab identiti itulah yang melanbangkan diri kita atau syarikat kita, kalau terlalu mengikut kehendak client ...kita yang akan susah nanti, tak semua client tu betul.. sebagai contoh, kalau nak amy search panggillah amy search jangan panggil anuar zain yang nyanyi lagu amy serach.. lain benor nanti bunyinye.. kau minat konsep rock maka jadilah rock, kau suka konsep rap kau jadilah rap, kalau rap pun nak buat, rock pun nak buat, dangdut pun nak buat maka kita akan jadi pengkarya yang tidak beridentiti.

    thanks sudi meluangkan masa tuk membaca, aku tidak meminta korang tuk ikut apa aku katakan, tetapi aku hanya share apa yang telah aku buat bagi memudahkan kengkawan yang masih tercari2 hala tuju dan mencari penyelesaian masalah. terima kasih sekali lagi, kalau ada salah dan silap, i mintak u maafkan i :)..chill yo

    P/S aku share some design album kawin aku beberapa tahun lepas, hmmm maybe tak seadvance sekarang, but itu jelah bukti aku pernah wat wedding dulu.. dan itulah antara style warna editing aku.. maybe ada yang suka maybe ada yang tak suka.. heehheeh

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.422111786282.201832.111965761282&type=3

    Achung
    KB

No comments: