Pages

08 February 2011

ISO apa nak guna bang?....

Kadang-kala kita teragak-agak apa ISO yang 'sepatutnya' digunakan. Ini adalah beberapa cadangan jawapan simple tetapi perhati dan fahamkan beberapa keputusan yang dicadangkan.
  • Saya biasanya menggunakan ISO 100, tapi jika saya menyedari bahawa saya tidak boleh memegang kamera kerana takut gambar kabur, saya akan meningkatkan ISO, atau menggunakan tripod.
  • Saya biasanya 'menembak' pada ISO 100, 200 dan kadang-kadang ISO 400. Hal ini mengganggu saya bahawa ada sedikit 'noise' ketika saya zoom pada PC. Pada realiti, sebenarnya tidak berapa kelihatan.
  • Saya bermula dari ISO 100, dan 'menembak' sampai saya rasa dapat shutter speed yang mencukupi dalam situasi tersebut.
  • Saya setkan ISO kamera pada 200 dalam cuaca yang baik dan 400 dalam cuaca buruk.
  • Dalam keadaan terang sekali saya tidak setkan ISO melebihi ISO 400.
  • Di dalam, saya mulai dari ISO 400, kemudian setkan ke 800 atau lebih bila diperlukan. Luar pula, saya mulai dengan 100.
  • Jika saya rasa 'gambar goyang', saya tingkatkan ISO sampai rasa semuanya OK.
  • Dalam mod ISO automatik sepenuhya kamera saya akan memilih ISO ini sendiri.
  • Jika saya dapati saya jarang menggunakan ISO 100, saya lebih suka pergi ke ISO yang lebih tinggi untuk mendapatkan shutter speed yang lebih cepat.
Jadi, anda dapat melihat bahawa setting ISO bergantung keadaan dan ke atas pilihan peribadi. Percubaan dan latihan adalah cara terbaik untuk mencari ISO yang paling sesuai untuk anda dalam sesuatu situasi.
http://www.flickr.com/photos/mureena/4201831696/
Oleh: Paksu Manual ~ http://www.facebook.com/jurufoto

No comments: