Pages

02 December 2010

"Averaging Method" mendapatkan dedahan (exposure) sempurna...

Salam,

Saya hendak sharing satu lagi kaedah atau teknik "Averaging Method" untuk mendapatkan dedahan (exposure) sempurna.

Secara ringkas, (kalau panjang-panjang orang malas nak baca dan bukannya menulis novel cintan)... Kegunaan ini adalah dalam situasi gambar potret yang mana kadang-kala wajah model kita menjadi gelap atau sebaliknya.

1. Pilih SPOT METERING yang ada dalam kamera anda. Selalunya Spot Metering dalam icon begini:




Averaging Method

Katakan, masa ini anda menggunakan ISO 100. Dengan menggunakan SPOT METERING tadi, baca nilai dedahan kawasan paling terang EV(12) dan kawasan paling gelap EV(9). Hitung panjang antara kedua kawasan ini adalah 12 - 9 = 3 bersamaan (10.5) iaitu (3 bahagi 2).

*Masa anda membaca nilai EV 2 kali tadi, anda mendapat nilai dedahan ini...
pada kawasan spot paling terang ::: EV(12) = 1/250s f/4 ; dan
pada kawasan spot paling gelap ::: EV(9) = 1/30s f/4

Angka pada wajah model ini (12) dan batu itu (9) adalah nilai-nilai EV yang anda baca metering tadi dan (10.5) pada pokok di tepi tu adalah hitung-panjang kedua nilai EV ini.

4. Berpandukan carta EV di bawah, cari nilai yang hampir dengan (10.5). Jika kita memilih EV 10 maka nilai dedahan yang tepat adalah 1/60s f/4 dan tambah sedikit "Exposure Compensation" (mungkin 1/2 ke 1 stop (anggaran) pada kamera anda.


Jadual EV dalam ISO 100

Exposure Compensation Button

Jika carta EV ini kurang jelas, google "ev chart". Selalunya carta ini dalam ISO 100. Untuk ISO lain, anda perlu membuat pengiraan sendiri berdasarkan ISO 100 (stepping) ini. Elakkan perbezaan EV (dua kawasan yang anda metering itu) tidak melebihi dari 5. Selamat mencuba.

Sila baca banyak lagi nota saya...
Jika anda sudah baca, berikan komen atau klik 'Like' supaya saya boleh tahu bilangan yang membacanya dan membuat nota yang lebih baik masa akan datang. Kepada yang ucapkan TQ, 'sama-sama kembali dan terima kasih kerana membaca dan klik Like'. Jika nota ini berikan maklumat tidak tepat, saya minta maaf dan jangan kutuk belakang ya... Jika ada soalan, kemukakan dan saya akan cuba jawab.





Terima kasih.

No comments: